Nebulizer adalah alat yang digunakan untuk mengubah cecair menjadi wap halus yang mudah dihirup melalui mulut atau hidung. Ini membantu ubat mencapai saluran pernafasan dengan lebih baik. Ia juga biasanya digunakan untuk merawat masalah pernafasan seperti asma, bronkitis, atau COPD.
Ubat yang digunakan dengan nebulizer termasuk bronkodilator (untuk membuka saluran pernafasan), steroid (untuk mengurangkan keradangan), dan larutan garam (untuk melembapkan saluran pernafasan).
Sepanjang proses nebulizer, anak anda mungkin akan mengalami gementar, rasa tidak selesa di mulut, atau batuk.
Namun, staf Luxor Mediclinic akan membantu untuk menenangkan dan menghiburkan anak anda sepanjang tempoh rawatan.
Sedut kahak (phlegm suction) adalah prosedur di mana kahak atau cecair lain dikeluarkan dari saluran pernafasan menggunakan peralatan vakum. Ini biasanya dilakukan untuk membantu anak anda yang sukar mengeluarkan kahak sendiri atau jika anak anda mempunyai saluran pernafasan yang tersumbat.
Prosedur ini kami sarankan jika anak anda mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak mereka sendiri, seperti dalam kes jangkitan paru-paru, penyakit pernafasan kronik, atau selepas pembedahan yang melibatkan saluran pernafasan.
Sekiranya anak anda berusia 2 tahun dan ke bawah tetapi mengalami masalah untuk mengeluarkan kahak sendiri, prosedur ini amatlah sesuai untuk melegakan pernafasan dan menyenyakkan tidur anak anda.
Risiko dan komplikasi sedut kahak adalah sangat minimal dan jarang berlaku, tetapi perlu diketahui bahawa antara risiko adalah termasuk iritasi saluran pernafasan, kerosakan pada tisu pernafasan, atau jangkitan.
Di Luxor Mediclinic, kami mempunyai staf-staf yang terlatih untuk menjalankan prosedur ini dan tiada lagi rekod berlaku apa-apa komplikasi.
Ya, anda boleh datang secara terus atau ‘walk in’ ke klinik untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu membuat sebarang temujanji.
Pastikan anda memberikan maklumat yang lengkap mengenai simptom yang dialami dan bawa ubat-ubatan yang sedang diambil supaya kami boleh merancang rawatan yang sesuai dengan keadaan anda.
Anda boleh merujuk terus doktor di klinik atau boleh hubungi kami dengan klik pada button di bawah.
Copyright © 2024 luxormediclinic.com - All Rights Reserved.
Powered by GoDaddy
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.